Cari @ Amanz

Xiaomi Redmi 4A akhirnya tiba untuk pasaran Malaysia pada harga RM 449.Pembelian boleh dilakukan melalui Lazada bermula hari ini. Untuk pasaran tempatan dua pilihan warna iaitu emas dan emas merah jambu diberikan. Ia sebuah peranti kelas permulaan yang dijual pada harga amat mampu milik tetapi masih menyertakan tubuh diperbuat daripada logam.

Dari segi spesifikasi Redmi 4A dilengkapi skrin 5″ 720P, diperkasakan pemproses Snapdragon 425, dilengkapi memori 2GB RAM dan storan 16GB, kamera belakang 13-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3120mAh. Sistem operasi Android Marshmallow digunakan bersama dengan pelancar MIUI 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd