Cari @ Amanz

Medan perang di masa hadapan tidak terhad di dunia fizikal. Seperti yang dilihat sejak kebelakangan ini, tentera siber yang terdiri daripada gerombolan penggodam turut boleh mendatangkan mudarat kepada negara. Rahsia ketenteraan dan teknologi yang dicuri boleh digunakan musuh bagi mencari kelemahan keselamatan negara. Oleh itu Pusat Operasi Pertahanan Siber (Cyber Defence Operation Center) Angkatan Tentera Malaysia telahpun ditubuhkan.

CDOC di bawah kelolaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) akan beroperasi bermula 27 September hadapan untuk memantau rapi sebarang aktiviti berbentuk ancaman siber yang berpotensi mengancam sistem dan rangkaian pertahanan negara. Pembentukan unit ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sebuah majlis khas di ibu negara hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd