Peranti Xiaomi Mix Evo Muncul Di GeekBench Dengan Pemproses Snapdragon 835
Artikel Berkaitan

Peranti Xiaomi Mix Evo Muncul Di GeekBench Dengan Pemproses Snapdragon 835

Diterbitkan pada Jan 17, 2017 oleh .

Xiaomi Mi Mix yang muncul tahun lalu memberikan kejutan kepada dunia peranti pintar. Rekaan hampir tiada bezel dan kerangka seramiknya menjadikannya peranti paling unik di pasaran. Rekaan ini menjadi ikutan Honor Magic dan Samsung Galaxy S8. Peranti misteri Xiaomi Mix Evo muncul pada pengekalan data penanda aras Geekbench hari ini.

Peranti ini diperkasakan Snapdragon 835 dan RAM sebesar 4 Gigabyte. Berdasarkan pada nama yang diberikan ini mungkin model terkini Mi Mix dengan penambahbaikan pada pemproses. Diharap penambahbaikan turut akan diberikan pada ketahanan kerangka, skrin dan kualiti pembesar suara pieozelektrik yang digunakan.


TIPS & ULASAN