Cari @ Amanz

HTC One A9 merupakan salah satu peranti yang telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan dipasarkan di Malaysia sejak awal 2016. Ketika pengenalan, HTC mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini Android untuknya dalam tempoh 15 hari selepas versi Android baru dilancarkan – namun mereka gagal untuk mengekalkan janji berkenaan.

Selepas mengambil masa yang lama, kini pihak HTC telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk pengguna HTC One A9 – dan seperti biasa, ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Pengenalan kemaskini ini hadir selepas HTC menawarkan Android Nougat untuk HTC 10 sejak November yang lepas. Dengan kedua-dua peranti HTC yang kini telah menerimanya, peranti seterusnya yang dijangka akan mendapat kemaskini Android Nougat daripada HTC adalah HTC One M9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd