Huawei Mate 9 Dengan RAM Sebesar 6 Gigabyte Muncul Di Pasaran

Huawei Mate 9 Dengan RAM Sebesar 6 Gigabyte Muncul Di Pasaran

Diterbitkan pada Jan 18, 2017 oleh .

Huawei Mate 9 dilancarkan November tahun lalu dengan storan 64 Gigabyte dan RAM sebesar 4 Gigabyte. Ini ialah satu-satunya model yang dihasilkan. Bagi yang memerlukan saiz RAM lebih besar mereka perlu membeli Mate 9 Pro dengan RAM 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte.

Mate 9 dengan spesifikasi sama seperti Mate 9 Pro di atas nampaknya telah muncul di pasaran. Tiada perubahan lain dilakukan. Di Amerika Syarikat peranti ini dijual pada harga  $899 (RM 3995) sebuah. Sebagai perbandingan harga jualan Mate 9 Pro dengan spesifikasi setanding tetapi skrin dwi-lengkung di Malaysia ialah RM 3399 sebuah. Huawei Mate 9 biasa pula dijual pada harga RM 2699 . Besar kemungkinan model Mate 9 yang dipertingkatkan ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN