Selalunya di Malaysia filem dipromosikan dengan tayangan video muzik dan iklan di radio. Untuk filem aksi JRevolusi, permua FPS penuh aksi dihasilkan sebelum tayangan di pawagam. Pemain boleh mengawal dua watak utama Eddy ataupun Jay yang menggunakan wajah pelakon popular Zul Ariffin dan Izara Aisyah.
Permua ini boleh dimuat turun sekarang pada platform Android dan iOS. Terdapat tiga zon boleh dimainkan dengan pilihan senjata seperti Colt M4 Carbine dan H&K MP5. Senjata boleh dipertingkatkan dengan mengumpul wang emas atau pembelian di dalam permainan. Ini mungkin permua FPS pertama yang dihasilkan khas untuk filem di Malaysia. Bagi yang mahu mencuba pautan muat turun adalah di bawah.
- Muat Turun
- Permua JRevolusi Android menerusi Google Play
- Muat Turun
- Permua JRevolusi iOS menerusi Apple App Store