EVAM – Sistem Yang Memperlahankan Bunyi Radio Secara Automatik Apabila Mendengar Siren Ambulans
Artikel Berkaitan

EVAM – Sistem Yang Memperlahankan Bunyi Radio Secara Automatik Apabila Mendengar Siren Ambulans

Diterbitkan pada Jan 18, 2017 oleh .

Masalah kesesakan jalan raya di bandaraya besar ialah masalah yang tiada penghujungnya. Sejak perkhidmatan MRT dibuka sebulan lalu, kami secara peribadi tidak melihat sebarang pengurangan jumlah kereta di waktu pagi. Malahan semalam pada hari pertama perkhidmatan MRT berbayar, kesesakan lalulintas adalah amat luar biasa. Bagi pemandu ambulans, kesesakan boleh membawa maut kepada pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan.

Di Sweden sistem EVAM dibangunkan oleh sekumpulan pelajar dari KTH Royal Institute of Technology. Menerusi sistem ini, bunyi radio di dalam kenderaan akan diperlahankan secara automatik apabila mendengar siren ambulans. Pada waktu yang sama amaran suara akan dimainkan bagi memaklumkan pemandu tentang kewujudan ambulans dalam kecemasan. Pemandu kemudian boleh mengetepikan kenderaan lebih awal bagi melancarkan pergerakan ambulans.

EVAM menggunakan sistem RDS (Radio Data System) yang disokong sebahagian besar radio di dalam kenderaan sekarang. Selama ini RDS digunakan untuk memaparkan nama stesen radio dan lagu yang dimainkan kepada pendengar.

Di Sweden EVAM dibangunkan bukan kerana pemandu enggan memberikan laluan. Sebaliknya kemalangan berlaku kerana pemandu lambat memberi laluan apabila ambulans memecut dari belakang. Pemandu terkejut mendengar siren dan ini menjurus kepada kemalangan. Pada waktu yang sama sistem peredam bunyi pada kenderaan moden menyukarkan siren didengari dengan lebih awal. Ujian sistem EVAM akan dimulakan pada suku pertama 2017.


TIPS & ULASAN