Cari @ Amanz

Kemas kini ke Android Nougat mula diterima oleh peranti Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge di beberapa pasaran yang menerima program Beta November lalu. Kemas kini ini hadir tepat mengikut janji yang diberikan oleh Samsung sebelum ini. Kepada pengguna model lain pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada peranti mereka turut akan dikemas kini.

Di bawah ialah senarai lengkap peranti yang akan menerima Nougat. Kepada pemilik Galaxy S5, nampaknya anda terpaksa menggunakan Custom ROM selepas ini. Samsung secara amnya memberikan sokongan rasmi hanya selama dua tahun kepada peranti utama keluaran mereka.

  1. Galaxy A3 (2016 and 2017)
  2. Galaxy A5 (2016 and 2017)
  3. Galaxy A7 (2016 and 2017)
  4. Galaxy A8
  5. Galaxy A9/A9 Pro
  6. Galaxy S6
  7. Galaxy S6 Active
  8. Galaxy S6 edge
  9. Galaxy S6 edge+
  10. Galaxy S7
  11. Galaxy S7 edge
  12. Galaxy S7 Active
  13. Galaxy Note 5
  14. Galaxy Tab S2
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd