Cari @ Amanz

Semalam, salah satu isu yang dibincangkan dengan hangat dalam arena sosial adalah berkenaan isu “Penyeluk Saku Digital” yang dikaidkan dengan kad tanpa sentuhan terbaru yang diguna-pakai oleh bank-bank tempatan. Kami telah menyangkal perkara berkenaan dan memberikan penjelasan lanjut mengenainya, dan kini pihak Bank Negara Malaysia turut telah mengeluarkan kenyataan mereka.

Menurut Bank Negara Malaysia, laporan media berkenaan adalah tidak benar. Bank Negara menambah mengatakan maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara “electronic pick-pocketing”, selain ciri-ciri keselamatan yang terdapat padanya tidak membolehkan kad diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi.

Seperti biasa, Bank Negara menasihatkan untuk melaporkan kepada bank dengan segera jika kad anda dicuri atau hilang, atau sekiranya anda terdedah PIN kepada pihak ketiga atau menyedari sekiranya terdapat transaksi yang tidak dibenarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd