Cari @ Amanz

Microsoft melalui Windows Store sedia menawarkan aplikasi untuk komputer dan peranti mudah-alih, selain juga permainan. Disamping itu, Microsoft turut menawarkan sejumlah kandungan video seperti siri-TV dan juga filem. Kini, ia dilaporkan Microsoft turut dijangka untuk mengintegrasikan sokongan pembelian buku digital melalui Windows Store tidak lama lagi.

Windows 10 Ebook

Dengan integrasi buku digital pada Windows Store, ia akan memudahkan lagi para pengguna untuk membuat pembelian buku digital dan membacanya pada komputer, tablet atau telefon pintar. Ia dikatakan pengguna juga turut boleh membacanya terus melalui Microsoft Edge.

Microsoft dijangka memperkenalkan sokongan ini sebagai sebahagian daripada Creators Update yang dijangka hadir pada April 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd