Telekom Malaysia Mula Menawarkan Penaik-Tarafan Untuk Pakej Unifi

Telekom Malaysia Mula Menawarkan Penaik-Tarafan Untuk Pakej Unifi

Diterbitkan pada Jan 19, 2017 oleh .

Melalui Belanjawan 2017 yang lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan penaik-tarafan kepada kelajuan langganan internet sedia ada bermula Januari 2017, dan kini, pihak Telekom Malaysia telah memulakan proses penaik-tarafan berkenaan secara berperingkat. Telekom Malaysia telah mula menghantar emel, selain turut menyediakan laman khusus untuk pengguna membuat permohonan untuk penaik-tarafan.

Daripada perkongsian Telekom Malaysia sebelum ini, penaik-tarafan akan dilakukan selepas mendapat persetujuan pelanggan, selain bergantung kepada kemampuan infrastuktur di kawasan yang didiami seseorang pelanggan berkenaan. Pelanggan Unifi Advance 30 akan dinaik-taraf kepada Advance 50, dan Advance 50 pula akan dinaik-taraf kepada Pro Plan 100.

Bagi anda yang melanggan pakej UniFi, anda mungkin sudah mula menerima emel daripada mereka, atau turut boleh ke laman khusus yang disediakan Telekom Malaysia, dan menyemak promosi khusus untuk anda.

Selain daripada Unifi, pihak Telekom Malaysia juga turut dilihat menyediakan kejutan untuk pelanggan Streamyx. Daripada percubaan sejumlah pelanggan Streamyx yang telah mendaftar di laman khusus TM berkenaan, mereka diminta untuk menyemak kembali pada minggu hadapan untuk menyemak kejutan mereka. TM juga turut menyediakan kejutan kepada pelanggan talian tetap TM di rumah.

Layari : TM Thank You Surprise


TIPS & ULASAN