Vivo V5 Plus Dan V5 Lite Dilancarkan – Dua Lagi Peranti Mesra Selfie

Vivo V5 Plus Dan V5 Lite Dilancarkan – Dua Lagi Peranti Mesra Selfie

Diterbitkan pada Jan 19, 2017 oleh .

Dua peranti baru yang mensasarkan peminat fotografi selfie diperlihatkan oleh Vivo hari ini. Vivo V5 Plus dan V5 Lite kedua-duanya dilengkapi kamera hadapan dengan saiz sensor kamera yang besar. Kita mulakan terlebih dahulu dengan Vivo V5 Plus yang dilengkapi skrin 5.5″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16 Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan ialah dwi-kamera 20+8 Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash selfie spotlight. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3160 mAh.

Vivo V5 Lite pula dilengkapi skrin 5.5″ HD, pemproses lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 manakala kamera hadapan pula ialah 16-Megapixel f/2.0 dengan flash selfie spotlight. Bateri sebesar 3000 mAh melengkapi spesifikasi peranti. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga diumumkan.


TIPS & ULASAN