Acer Malaysia Melancarkan Tiga Monitor Baru Dengan Resolusi Mencapai 4K

Acer Malaysia Melancarkan Tiga Monitor Baru Dengan Resolusi Mencapai 4K

Diterbitkan pada Jan 19, 2017 oleh .

Acer selain daripada komputer riba dan desktop, mereka juga mempunyai penawaran sejumlah komponen komputer lain, termasuk monitor. Terkini, memulakan tahun baru 2017, pihak Acer Malaysia telah melancarkan sebanyak tiga monitor baru, yang mana ia menawarkan sokongan resolusi mencapai sehingga 4K, selain beberapa ciri-ciri menarik.

Acer XR342CK

Acer XR342CK pula adalah sebuah monitor memfokuskan kepada permainan video, hadir dengan rekaan melengkung pada saiz 34-inci dan dengan resolusi 3440×1440 pixel, serta menawarkan kadar segar-semula 75Hz melalui integrasi AMD FreeSync. Monitor dengan nisbah paparan 21:9 ini turut hadir dengan integrasi DTS Sound, selain beberapa ciri-ciri tambahan melaluinya.

Acer ET430K pula merupakan monitor bersaiz 43-inci dengan resolusi 4K (3840×2160 pixel). Monitor ini lebih memfokuskan kepada penawaran saiz paparan yang besar – berbanding XR342CK yang memfokuskan permainan video.

Acer ET430K

Acer Predator XB321HKDan akhir sekali, Acer Predator XB321HK merupakan monitor 32-inci memfokuskan kepada para pengemar permainan video. Ia hadir dengan integrasi NVIDIA G-Sync, dilengkapi paparan 4K (3840×2160 pixel), serta menyokong 100% sRGB. Acer mengatakan ia menawarkan kadar segar semula 60Hz, serta rekaan yang menarik berbanding beberapa monitor lain, seliain sokongan tiga profil berbeza mengikut jenis permainan untuk pengguna ubahnya dengan pantas.

Acer ET430K ditawarkan pada harga RM2299 di Malaysia, sementara Acer XR342CK pada harga RM3899, dan Predator XB321HK pula ditawarkan pada harga RM4799.


TIPS & ULASAN