Pelekat Mengubah iPhone 7 Menjadi Seperti iPhone Generasi Pertama Kini Boleh Dimiliki

Pelekat Mengubah iPhone 7 Menjadi Seperti iPhone Generasi Pertama Kini Boleh Dimiliki

Diterbitkan pada Jan 19, 2017 oleh .

Sembilan Januari yang lalu ialah ulang tahun ke-10 iPhone diperlihatkan oleh Steve Jobs. Peranti ini mengubah landskap peranti mudah alih dan sehingga kini rekaan iPhone versi 1.0 ini dianggap klasik. Bagi pemilik peranti iPhone 7 yang merindui rekaan klasik, pelekat yang merubah rekaan peranti terkini anda kini boleh dimiliki.

Set pelekat untuk iPhone 7 dan 7 Plus ini mengubah warna peranti menjadi warna perak dan hitam. Ia dijual pada harga $6 (RM 27) ini sesuai dimiliki oleh mereka yang terlepas untuk membeli iPhone asal atau mereka yang pernah memiliki peranti legenda ini suatu ketika dahulu.

Sebagai peringatan iPhone asal dilengkapi skrin 3.5″ 320 x 480 pixel, pemproses 412 MHz, RAM 128 Megabyte, storan 4/8/16 Gigabyte dan hanya satu kamera sebesar 2-Megapixel. iPhone 7 pula dilengkapi skrin 4.7″ 750 x 1334 pixel, pemproses 2.34 GHz, RAM sebesar 2Gigabyte, storan 32/128, 256 Gigabyte, kamera utama 12-Megapixel dan kamera hadapan 7-Megapixel.


TIPS & ULASAN