Saintis Telah Menemui Sebatian Yang Menghasilkan Bau Durian

Saintis Telah Menemui Sebatian Yang Menghasilkan Bau Durian

Diterbitkan pada Jan 19, 2017 oleh .

Durian ialah buah yang cukup digemari oleh penduduk Asia Tenggara. Rasanya cukup enak walaupun terpaksa menahan sakit ditikam duri terlebih dahulu untuk membukanya. Bagi penduduk Barat, durian dianggap buah yang meloyakan kerana baunya yang dikatakan seperti sampah. Rahsia kimia yang menghasilkan bau durian kini telah dirungkai oleh seorang saintis dari Jerman.

Dr Martin Steinhaus dari German Research Centre for Food Chemistry menganalisa bau dari 19 baka durian. Hasil kajian beliau mendapati bau durian boleh disintesis di makmal menggunakan sebatian ethyl (2S)-2-methylbutanoate dan 1-(ethylsulfanyl) ethanethiol. Hasil kajian telah diterbitkan di dalam jurnal Journal of Agricultural and Food Chemistry. Apa yang kami rasakan menarik di sini ialah kajian bau durian ini dilakukan oleh saintis barat dan bukannya saintis dari Asia Tenggara.


TIPS & ULASAN