Cari @ Amanz

Alibaba Group Holding hari ini telah mengumumkan kerjasama untuk menjadi penaja utama Sukan Olimpik sehingga ke tahun 2028 kelak, sekaligus membolehkan mereka mempromosikan perniagaan perkomputeran awan yang dimiliki mereka pada pentas antarabangsa.

Penajaan ini sekaligus meletakkan Alibaba bersama-sama pelbagai jenama terkemuka lain seperti Coca Cola dan Samsung Electronics. Melalui penajaan ini, firma internet dari China ini akan menawarkan perkhidmatan perkomputeran atas-talian, selain analisa data untuk sukan antarabangsa berkenaan, disamping turut menyediakan laman jual beli untuk menjual cenderamata rasmi. Dan, Alibaba juga akan membangunkan saluran video atas-talian untuk penonton di China.

Alibaba sebelum ini telah merancang untuk mempromosikan perniagaan awan mereka – seumpama penawaran Amazon AWS – pada peringkat antarabangsa, dan menjana sebahagian daripada pendapatannya pada peringkat global. Walaubagaimanapun, sehingga kini, pendapatan utama untuk perniagaan perkomputeran awan Alibaba masih daripada China.

Dengan kerjasama Olimpik ini, ia dijangka akan dapat mempromosikan perkhidmatan Alibaba berkenaan pada peringkat antarabangsa, selain pada masa yang sama mempertontonkan kepada orang ramai kebolehan platform mereka.

Alibaba dijangka akan memulakan promosi berkaitan bermula daripada Sukan Olimpik Tokyo pada 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd