Aplikasi Popular Meitu Didapati Mengumpul Pelbagai Maklumat Sensitif

Aplikasi Popular Meitu Didapati Mengumpul Pelbagai Maklumat Sensitif

Diterbitkan pada Jan 20, 2017 oleh .

Sekiranya anda di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini anda pasti dapat melihat gambar pemimpin dunia dimanipulasi menjadi comel seperti Amyra Rosli menggunakan aplikasi Meitu. Aplikasi yang dihasilkan oleh pembangun dari China ini menjadi tular dengan cukup pantas. Sekiranya anda ingin memasangnya pada peranti anda, silalah berfikir terlebih dahulu.

Aplikasi ini memohon pelbagai akses kepada peranti seperti alamat MAC, IP pengguna, nombor IMEI, akses penuh kepada rangkaian dan pelbagai lagi. Jumlah akses yang diminta mencecah 23 dan ini adalah terlalu tinggi bagi sebuah aplikasi menyunting gambar.  Sekiranya anda risau pelbagai maklumat peribadi diakses dengan mudah, mungkin adalah lebih baik anda mencari aplikasi alternatif yang tidak terlalu intrusif.


TIPS & ULASAN