Papan Iklan Di Sweden “Batuk” Apabila Mengesan Kehadiran Penghisap Rokok
Artikel Berkaitan

Papan Iklan Di Sweden “Batuk” Apabila Mengesan Kehadiran Penghisap Rokok

Diterbitkan pada Jan 20, 2017 oleh .

Rokok membahayakan kesihatan dan menyumbang kepada pelbagai penyakit bahaya seperti kanser. Statistik tahun 2016 menunjukkan lebih 5 Juta warna Malaysia menghisap silinder kanser iaitu bersamaan dengan 22.8% penduduk. Kotak rokok dengan grafik yang mengerikan gagal menghalang perokok dari berhenti. Oleh itu kempen anti merokok yang lebih efektif diperlukan bagi menyedarkan perokok.

Di Sweden papan iklan interaktif digunakan bagi menimbulkan kesedaran. Papan iklan dengan skrin LCD dilengkapi dengan pengesan asap. Apabila asap dikesan imej LCD akan memainkan video dan audio individu batuk. Kemudian iklan pelekat nikotin yang membantu perokok berhenti kemudian dipaparkan. Ini sebuah iklan yang kreatif dan menarik.

Sebagai seorang perokok tegar kami cuba untuk berhenti tahun ini. Harga rokok, kos sara hidup, tol dan paling penting lagi kesihatan anak isteri harus diletakkan di tangga teratas. Merokok memang mengurangkan tekanan di tempat kerja tetapi kesihatan diri dan masa depan indah bersama keluarga jauh lebih penting.


TIPS & ULASAN