Cari @ Amanz

LinkedIn merupakan salah satu laman sosial profesional yang telah diambil-alih oleh Microsoft sebelum ini. Bagi anda yang pernah menggunakan laman tersebut sebelum ini, mungkin sedia maklum yang mana rekaan antaramukanya agak kurang menarik jikalau dibandingkan dengan laman sosial lain. Kini, LinkedIn mengubahnya, dan memperkenalkan rekaan laman yang lebih mudah difahami.

LinkedIn

Melalui rekaan baru ini, ia menggunakan sedikit elemen seumpama Facebook – mungkin untuk memudahkan pengguna memahami laman mereka. Kini, kotak sembang sentiasa aktif pada bahagian bawah laman, selain memudahkan lagi pengguna membuat carian dan penemuan artikel dan kerja melalui laman mereka.

Halaman utama juga kini hadir diintegrasikan dengan algoritma tersendiri dalam memudahkan penemuan pelbagai kandungan dan perkara baru. Pengguna turut diberikan pelbagai cadangan untuk mengemaskini dan menambah-baik profil mereka.

Bagi anda yang menggunakan LinkedIn, mungkin boleh menyemak rekaan baru ini, dan berkongsi dengan kami sama ada anda menyukainya ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd