Kemelut Note 7 Diperkatakan Disebabkan Oleh Saiz Bateri Tidak Sekata

Kemelut Note 7 Diperkatakan Disebabkan Oleh Saiz Bateri Tidak Sekata

Diterbitkan pada Jan 20, 2017.

Samsung bakal berkongsi pada hari Isnin ini berkenaan dengan keputusan penyiasatan masalah Galaxy Note 7 yang terbakar, sekaligus membuatkan mereka menarik-kembali peranti berkenaan daripada pasaran. Terkini, menurut beberapa sumber, Samsung diperkatakan akan mengatakan yang mana ia berpunca daripada saiz bateri tidak sekata yang dibuat oleh salah satu syarikat dibawah mereka.

Samsung dikatakan bakal mengumumkan yang mana bateri daripada Samsung SDI tidak disesuaikan dengan peranti berkenaan, membuatkan ia mudah menjadi panas. Samsun sebelum ini terpaksa “membunuh” peranti berkenaan pada tahun lepas, membuatkan ia memberi kos sehingga $6 bilion kepada syarikat berkenaan.

Sejak daripada episod Note 7 tempoh hari, pihak Samsung dilihat berusaha keras dalam mendapatkan kembali keyakinan pelanggan. Ia juga menjadi salah satu krisis terbesar untuk syarikat berkenaan sejak 48 tahun lepas. Samsung sebelum ini telah meminta maaf dan menarik kembali peranti berkenaan, sebelum mendapatkan usahasama beberapa agensi dalam membuat kajian berkaitan kes berkenaan.

Pihak Samsung SDI tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan terbaru ini. Mungkin kita perlu menantikan sehingga hari Isnin untuk mendengarnya secara rasmi daripada Samsung.

Samsung dilihat kini sedang memfokuskan kepada mempelajari daripada kesilapan mereka sebelum ini, dan bersedia untuk melancarkan Galaxy S seterusnya, sekitar bulan Mac atau April ini.


TIPS & ULASAN