Cari @ Amanz

Arena tablet boleh diperkatakan mempunyai permintaan yang sedikit kurang berbanding dengan beberapa peranti pintar lain. Namun, ia tidak menghentikan pihak Asus Malaysia daripada membawa tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Asus ZenPad 3S 10 LTE.

Asus ZenPad 3S 10 LTE

Hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci dengan resolusi 2K, pihak Asus mengatakan ia menawarkan pengalaman menonton media yang baik melaluinya. Ia dilengkapi denngan bukan sahaja skrin pada resolusi tinggi, tetapi juga hadir dengan sokongan audio baik melalui integrasi sokongan saluran maya 7.1 surround-sound.

ZenPad 3S 10 LTE ini dilengkapi cip Snapdragon 650, memori sehingga 4GB RAM, ruangan storan 32GB, serta dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkan tablet ini adalah bateri berkapasiti 7800mAh yang menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 16 jam. Asus menggunakan perisian Android 6.0 Marshmallow dan antaramuka ZenUI 3.0 padanya.

Tablet ini juga hadir dengan sokongan Asus Z Stylus yang perlu dibeli secara berasingan. Asus mengatakan sokongan stylus berkenaan menawarkan pengalaman menulis seumpama pada kertas – dan amat berguna untuk digunakan bersama sejumlah aplikasi produktiviti yang boleh digunakan bersama tablet ini.

Di Malaysia, Asus menawarkan ZenPad 3S 10 LTE dijual pada harga RM1799, dan hadir dengan folio cover bersama dengannya. Ia hanya ditawarkan dalam pilihan warna kelabu sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd