Cari @ Amanz

PlayStation VR merupakan platform dan juga peranti realiti-maya daripada Sony yang dikuasakan oleh PlayStation. Kini, mereka telah mula menawarkan kemaskini kecil untuk pengguna PlayStation VR, sekaligus membawa salah satu fungsi yang dinantikan ramai, iaitu YouTube 360.

Melaluinya, kini pengguna boleh mengakses kepada katalog video 360-darjah yang diterbitkan di YouTube dengan mudah, dan menikmatinya terus melalui set PlayStation VR anda.

Bercakap mengenai YouTube 360 sendiri, sekiranya anda ingin menikmatinya, anda masih boleh melakukannya menggunakan komputer desktop – tetapi anda perlu mengawal menggunakan tetikus dan mengerakkan sesuatu video berkenaan ke kiri dan kanan. Dan sepertinya, menggunakan set realiti-maya seperti PlayStation VR akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd