Laman Vine Dikemaskini Dengan Arkib Video Dari 2013 Sehingga 2016

Laman Vine Dikemaskini Dengan Arkib Video Dari 2013 Sehingga 2016

Diterbitkan pada Jan 21, 2017 oleh .

Vine secara rasminya menghentikan kemampuan memuat naik video baru pada 17 Januari lalu. Aplikasi sedia ada kini menjadi aplikasi kamera biasa untuk kegunaan peribadi. Sejak pengumuman penutupan perkhidmatan dlakukan Oktober lalu, pihak Vine menyeru pengguna supaya memuat turun video mereka secepat mungkin. Lantas memberikan petanda kesemua video akan dipadam selama-lamanya pada 17 Januari.

Di dalam blog rasmi mereka hari ini, Vine mengesahkan video sedia ada akan dikekalkan. Laman Vine telahpun dikemaskini dan menjadi arkib kepada jutaan video yang telah dimuat naik. Pelawat boleh melakukan carian video dan menonton video mengikut kategori. Terdapat juga bahagian khas untuk melihat video yang paling banyak ditonton di antara 2013 sehingga 2016. Vine nampaknya masih belum bersedia untuk mati. Bagi peminat meme Vine, ini berita yang pastinya disambut dengan baik.


TIPS & ULASAN