Cari @ Amanz

Siapakah yang akan menang sekiranya samurai, kesateria baju zirah besi dan viking bertempur di dunia sebenar? Ketiga-tiga kelas pahlawan ini tidak pernah bertembung di dunia sebenar keran perbezaan geologi dan waktu. For Honor ialah permainan atas talian yang cuba menjawab persoalan ini. Ujian Beta For Honor akan bermula 26 Januari ini dan spesifikasi PC akhirnya diumumkan

Spesifikasi minimum mensasarkan resolusi 720P 30FPS dengan grafik pada tetapan rendah. Spesifikasi yang disarankan pula ialah tetapan 1080P 60FPS dengan grafik pada tetapan tinggi. Ubisoft tidak menetapkan spesifikasi yang melampau dan sebenarnya agak munasabah. For Honor akan dijual bermula 14 Februari untuk platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Spesifikasi For Honor
Pemproses Paling Minimum Intel Core i3-550

Phenom II X4 955

Pemproses Disarankan Intel Core i5-2500K

AMD FX-6350

Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 660

AMD Radeon HD 6970

 

Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 680

AMD Radeon R9 280X

RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan Belum Diumumkan
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd