Cari @ Amanz

Pada tahun ini, ia dilihat pembantu pintar maya akan menjadi salah satu fokus pengeluar dalam memasarkan peranti mereka. Samsung sedia diperkatakan sedang mempersiapkan kecerdasan buatan mereka tersendiri, dan kini laporan baru hadir mengatakan LG mungkin bekerjasama dengan Google.

Ia diperkatakan LG G6 mungkin mengintegrasikan fungsi Google Assistant – sebuah fungsi yang khusus untuk peranti Pixel sahaja buat masa ini. Penggunaan Google Assistant ini akan menjadikan ia telefon pintar pertama selain keluaran Google yang menggunakan ciri berkenaan.

LG dijangka akan mengumumkan telefon pintar terbaru mereka ini pada 26 Februari kelak. Mereka sedia hadir dengan beberapa teaser khusus untuknya, termasuk memperlihatkan ia bakal dilengkapi dengan sokongan kalis air.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd