Apple Memfailkan Saman Ke Atas Qualcomm

Apple Memfailkan Saman Ke Atas Qualcomm

Diterbitkan pada Jan 21, 2017.

Saman dalam arena teknologi ini bukan sesuatu yang baru. Ia biasa dilakukan dalam melindungi hak sesuatu pihak daripada diancam atau diambil oleh pihak lain. Terkini, Apple dilihat telah memfailkan saman ke atas pengeluar cip terkemuka Qualcomm atas beberapa sebab.

Apple mengatakan Qualcomm memonopoli pasaran untuk cip peranti tanpa-wayar, dan pada masa yang sama tidak memulangkan wang Apple bernilai $1 bilion disebabkan Apple bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan.

Apple meminta Qualcomm untuk memulangkan kembali wang rebat untuk perlesenan. Disamping itu, Apple juga inginkan kembali sejumlah wang yang telah dibayar, mengatakan mereka terlebih bayar kepada pihak Qualcomm. Pada masa yang sama, Apple turut meminta mahkamah untuk mengubah bagaimana Qualcomm mengenakan cas ke atas penggunaan teknologi mereka pada masa hadapan.

Apple dipetik mengatakan Qualcomm mengenakan cas sekurang-kuranganya sehingga lima kali lebih tinggi daripada pemilik paten selular lain.

Sebelum ini, pada bulan Disember lepas, di Korea Selatan, Qualcomm disaman sehingga 1.03 trillion won disebabkan apa yang dikatakan sebagai memonopoli pasaran. Apa pun, Qualcomm mengatakan mereka akan membuat rayuan untuk keputusan berkenaan.

Selain daripada saman Apple dan keputusan dari Korea Selatan, beberapa badan lain turut diperkatakan sedang menyiasat berkaitan dengan Qualcomm.


TIPS & ULASAN