Cari @ Amanz

Selain populariti e-sukan pada desktop, permainan berbentuk MOBA pada peranti mudah-alih turut membuka dimensi baru dalam membolehkan arena e-sukan turut dimainkan melalui telefon pintar dan tablet. Dan salah satu permainan popular pada peranti mudah-alih adalah Vainglory.

Vainglory merupakan salah satu permainan berbentuk strategi – dan menawarkan permainan berbentuk DoTA, tetapi pada peranti mudah-alih. Melaluinya, pengguna akan memainkan bersama lima pemain lain – dimana tiga orang dalam satu kumpulan, dan berusaha untuk memusnahkan pusat pihak lawan. Seperti biasa, pengguna boleh memilih watak, dan membeli barangan mengikut apa yang diinginkan dalam membangunkan watak berkenaan.

Populariti Vainglory di Malaysia juga boleh dikatakan semakin meningkat dari hari ke hari. Sebelum ini, beberapa kali liga tempatan telah diadakan oleh pihak ketiga, dan terkini, buat musim ketiga, Vainglory Malaysia League akan diadakan sekitar bulan Mac 2017 ini.

Ia bakal dianjurkan oleh MiM eSport, dan akan mengambil masa sekitar 2 bulan sebelum memasuki fasa perlawanan terakhir. Pendaftaran akan dibuka untuk 32 pasukan, dan setiap pasukan terdiri daripada 5 pemain.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh merujuk kepada laman Vainglory Malaysia League, dan bersedia untuk mendaftar dan menyertainya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd