Cari @ Amanz

OneDrive merupakan perkhidmatan storan awan daripada Microsoft yang ditawarkan pada pelbagai platform. Terkini, Microsoft dilihat sedang menguji OneDrive Beta terbaru yang menyertakan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai “Clean Up Space“.

OneDriveMelalui fungsi berkenaan, Microsoft ingin membantu pengguna peranti Android untuk mengosongkan ruangan dalam telefon pintar mereka, dan digunakan untuk tujuan lain.

Daripada perkongsian pihak Microsoft, OneDrive akan memaparkan notifikasi untuk mengosongkan ruangan berkenaan apabila mereka mempunyai storan melebihi 1GB untuk gambar dan video. Pengguna boleh mengaktifkannya, dan ia akan secara automatik memuat-naik semua gambar berkenaan ke OneDrive dan memadamnya daripada telefon pintar.

Dengan memuat-naik ke OneDrive, ia sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengaksesnya daripada sebarang peranti, dan tidak terhad pada telefon pintar sahaja.

Selain OneDrive, sejumlah aplikasi lain turut menawarkan fungsi sama, termasuk Google Photos daripada Google.

Bagi anda yang ingin mencuba fungsi baru daripada OneDrive ini, anda boleh melanggani saluran Beta, dan mencubanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd