Lagi Gambar Jam Tangan HTC Menjalankan Android Wear Tertiris
HTC

Lagi Gambar Jam Tangan HTC Menjalankan Android Wear Tertiris

Diterbitkan pada Jan 22, 2017 oleh .

Pada bulan Oktober 2016 lepas, kita telah melihat gambar jam tangan pintar daripada HTC tertiris ke arena web. Ketika itu sendiri, ia menjadi tanda tanya mengenai sama ada ia bakal dipasarkan ataupun sebaliknya. Kini, selang beberapa bulan, lebih banyak gambar peranti berkenaan kini hadir ke arena web.

Gambar baru ini seperti sebelumnya, hadir melalui Weibo, memperlihatkan jam tangan pintar berbentuk bulat. Ia turut menggunakan penjenamaan Under Armor – memperlihatkan ia mungkin sebuah peranti kerjasama antara kedua-dua pihak. HTC dan Under Armor sedia bekerjasama untuk hadir dengan beberapa peranti sebelum ini pada tahun lepas.

Jam HTC

Jam HTC

Daripada gambar yang hadir, ia turut memperlihatkan penggunaan Android Wear versi 1.x – sekaligus menandakan yang mana ia mungkin tidak akan dipasarkan, apatah lagi dengan Android Wear 2.0 akan hadir pada awal Februari ini.

Pihak HTC sendiri sebelum ini telah beberapa kali mengatakan mereka ingin hadir dengan peranti yang menawarkan apa yang diingini pengguna, termasuk menawarkan masa bateri yang lama.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak HTC akan meneruskan hasrat mereka dalam arena jam tangan pintar ini ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN