Cari @ Amanz

Pelbagai pengeluar sedia hadir dengan komputer bersaiz mini mereka tersendiri, apatah lagi dengan populariti era peranti berhubung (IoT). Kini, tidak ketinggalan adalah Asus, yang telah pun hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Tinker Board.

Asus Tinker Board

Asus Tinker Board ini hadir dengan rekaan seumpama Raspberry Pi, tetapi menawarkan spesifikasi sedikit tinggi. Ia dilengkapi cip empat-teras 1.8Ghz ARM Cortex A-17, memori 2GB LPDDR3, dilengkapi sokongan Bluetooth, WiFi, LAN, selain menyertakan empat sambungan USB 2.0 dan sokongan mikro-SD. Asus Tinker Board ini juga turut menyertakan sokongan Debian OS dan KODI melaluinya. Ia turut dikatakan menyokong output 4K.

Buat masa ini, Asus Tinker Board ini hanya ditawarkan di Eropah sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada bakal dipasarkan di peringkat global ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd