Kontena Kargo Boleh Lipat Dihasilkan Di Korea Bagi Mengurangkan Saiz Storan

Kontena Kargo Boleh Lipat Dihasilkan Di Korea Bagi Mengurangkan Saiz Storan

Diterbitkan pada Jan 22, 2017 oleh .

Kontena kargo  yang sering dilihat di atas lori trailer digunakan untuk penghantaran barangan sudah wujud sejak perang dunia kedua. Rekaan berkotak memudahkan ia disusun dengan teratur di dalam kapal kargo. Sebelum terciptanya kontena kargo, barangan dihantar di dalam tong dan kotak kayu. Lebih 90% kontena yang digunakan sekarang adalah sepanjang 20 atau 40 kaki dengan hayat penggunaan purata sekitar 5 tahun. Apabila tidak digunakan ia disusun di pelabuhan dan ini memerlukan ruang storan yang besar.

Korea Selatan mengumumkan penghasilan kontena kargo baru yang boleh dilipat apabila tidak digunakan. Kontena melihat rata seperti akordian bagi mengurangkan saiz storan. Proses melipat mengambil masa 10 minit dan hanya memerlukan dua orang pekerja. Menurut laporan media Korea, penggunaan kontena boleh lipat ini akan mengurangkan kos simpanan kontena dari Won 396 Billion (~RM 1.5 Billion) ke Won 60 Billion (~RM 360 Juta) setahun. Ini ialah penjimatan kos yang tinggi. Rekaan kontena baru ini masih diuji dan akan mula digunakan menjelang 2021. Di Korea Selatan bukan hanya peranti boleh lipat dibangunkan, malahan kontena kargo juga tidak ketinggalan.


TIPS & ULASAN