Cari @ Amanz

Hujung minggu ialah waktu yang terbaik untuk santai dan bermain permua. Terdapat ribuan permua yang boleh dimuat turun tetapi yang berkualiti biasanya memerlukan anda membelinya terlebih dahulu. Angry Birds Space sebelum ini perlu dibeli pada harga $0.99 di App Store kini boleh dimuat turun secara percuma.

Tawaran ini diberikan kepada kesemua peranti iOS iaitu iPhone, iPad dan iPod Touch. Tiada penawaran percuma untuk Android setakat ini tetapi versi “percuma” dengan sokongan iklan boleh dimuat turun. Versi Android premium dijual pada harga RM 4.10. Kepada pemilik iOS, anda memerlukan peranti yang menunggunkan iOS 6 dan ke atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd