Cari @ Amanz

Lanjutan daripada Apple yang memfailkan saman ke atas Qualcomm tempoh hari, pihak Qualcomm melalui laman rasmi mereka telah menerbitkan komen rasmi, mengatakan tuduhan daripada pihak Apple adalah tidak berasas.

Qualcomm mengatakan Apple mengalakkan pihak berkuasa untuk menyerang perniagaan Qualcomm daripada pelbagai variasi di seluruh dunia, termasuk di Korea Selatan baru-baru ini. Qualcomm mengatakan Apple tidak mengetengahkan informasi dan fakta secara sepenuhnya. Qualcomm mengatakan mereka terbuka untuk mendapat peluang untuk mendengar mengenainya di mahkamah, yang turut akan memperlihatkan perkongsian daripada pihak Apple dari segi operasi perniagaan mereka.

Sebelum ini, Apple telah memfailkan saman ke atas Qualcomm, mengatakan Qualcomm memonopoli pasaran untuk cip peranti tanpa-wayar, dan tidak memulangkan wang rebat untuk perlesenan di sebabkan beberapa perkara.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai kes ini dalam bulan-bulan akan datang, yang mungkin memperlihatkan pelbagai informasi lanjut mengenai kedua-dua syarikat berkenaan didengari di mahkamah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd