Cari @ Amanz

Sejak beberapa tahun lepas, telah menjadi tradisi untuk Samsung memperkenalkan telefon pintar siri Galaxy S baru ketika acara Mobile World Congress (MWC) yang selalunya berlangsung sekitar penghujung Februari. Namun, untuk tahun ini, Samsung dilihat tidak akan memperkenalkannya ketika itu, dan mungkin ditangguhkan beberapa bulan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Samsung, mengatakan mereka tidak akan memperkenalkan Galaxy S8 pada MWC 2017 yang akan berlangsung bulan hadapan. Tiada tarikh yang diberikan untuknya buat masa ini.

Namun, mengikut desas-desus sebelum ini, Samsung dikatakan bakal memperkenalkan Galaxy S8 mereka sekitar Mac atau April 2017 ini. Sejumlah fungsi baru dijangka bakal hadir bersama dengannya, termasuk integrasi pembantu maya pintar melaluinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal disediakan Samsung melalui Galaxy S8 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd