Cari @ Amanz

Tugas bomba di ialah memadam dan mengawal api dari merebak. Di Malaysia mereka turut bertugas melakukan proses menyelamat ketika banjir, menangkap haiwan liar dan memotong cincin cinta dari kemaluan. Di Dubai mereka kini mempunyai pasukan bomba amfibia yang menggunakan jet pack untuk memadam api.

Pasukan Pertahanan Awam Dubai memulakan operasi sistem Dolphin yang membolehkan mereka pergi ke kawasan kebakaran menggunakan jet ski. Setibanya di kawasan kebakaran anggota memakai jet pack dan memadam api terus dari permukaan laut. Sistem ini akan digunakan bagi memadam api yang berlaku di atas kapal ataupun bangunan yang terletak berhampiran pesisiran laut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd