Semua Chromebook Yang Diperkenalkan Selepas Ini Akan Menyokong Aplikasi Android

Semua Chromebook Yang Diperkenalkan Selepas Ini Akan Menyokong Aplikasi Android

Diterbitkan pada Jan 24, 2017 oleh .

Google sejak daripada tahun lepas, telah memulakan usaha untuk membawa aplikasi Android ke arena komputer riba melalui Chrome OS. Sejumlah komputer Chromebook telah sedia menawarkan sokongannya, dan kini Google melalui laman Chrome OS mengesahkan semua komputer Chromebook yang dilancarkan bermula 2017 ini akan menyertakan sokongan aplikasi Android.

Melalui integrasi aplikasi Android, ia menawarkan lebih banyak kegunaan untuk pengguna komputer riba berkenaan, selain memudahkan lagi pelbagai tugasan. Secara tidak langsung juga, ia boleh menjadi alternatif untuk komputer Windows yang murah – selain pada masa yang sama memudahkan lagi proses pembangun untuk memasarkan aplikasi mereka pada pelbagai jenis peranti.

Buat masa ini, Chromebook yang ditawarkan di Malaysia masih lagi terhad. Daripada pengamatan kami sendiri, model Samsung dan HP sedia ditawarkan – tetapi ia adalah versi lama, dan bukannya versi baru.


TIPS & ULASAN