China Memerangi Perkhidmatan VPN Yang Tidak Berdaftar Dengan Kerajaan

China Memerangi Perkhidmatan VPN Yang Tidak Berdaftar Dengan Kerajaan

Diterbitkan pada Jan 24, 2017 oleh .

Kerajaan China kini telah memulakan kempen terhadap sambungan internet yang tidak sah, termasuk perkhidmatan VPN – mengatakan semuanya memerlukan kebenaran kerajaan China terlebih dahulu sebelum ia beroperasi dan digunakan

Seperti ramai sedia maklum, kerajaan China sedia membuat halangan untuk sejumlah perkhidmatan internet dan mengawal kandungan di negara berkenaan. Untuk mengakses laman seperti Facebook, Google, YouTube, Twitter dan sebagainya, pengguna perlu berhubung menggunakan rangkaian VPN. Ia telah menjadi kebiasaan untuk pelancong dari luar yang ke China atas urusan kerja melanggan perkhidmatan VPN untuk meneruskan tugasan mereka dengan mudah – apatah lagi dengan ramai dari luar China yang menggunakan perkhidmatan seperti GMail.

Walaubagaimanapun, ia turut ditekankan yang mana perkara ini mungkin tidak memberikan impak kepada syarikat multi-nasional yang beroperasi di China, dan memerlukan sambungan internet luar. Perubahan pada bidang komunikasi ini dikatakan berkait dengan keselamatan pengguna di negara berkenaan dalam melayari web.

Langkah kerajaan China ini hadir dijangka berlangsung untuk tempoh 14 bulan akan datang – iaitu sehingga 31 Mac 2018 kelak.


TIPS & ULASAN