Carian
Google Memulakan Ujian Fungsi Android Instant Apps
January 24, 2017 Effi Saharudin

Tahun lalu di Google iO 2016, fungsi Android Instant Apps diperlihatkan buat pertama kali. Menerusi fungsi ini pengguna Android tidak perlu lagi memuat turun aplikasi penuh untuk menggunakan fungsi tertentu aplikasi. Contohnya hanya bahagian pembayaran Uber diperlukan untuk menempah kenderaan. Dengan Instant Apps, jumlah aplikasi yang dipasang pada peranti dapat dikurangkan.

https://www.youtube.com/watch?v=cosqlfqrpFA

Google mengesahkan mereka telah memulakan ujian ke atas fungsi ini dengan beberapa aplikasi terpilih. Aplikasi yang sedang diuji ialah BuzzFeed, Wish, Periscope dan Viki. Buat masa ini ujian hanya disertai oleh sekumpulan kecil pengguna. Maklum balas dari pengguna akan dikumpul sebelum implementasi secara menyeluruh kepada kesemua peranti Android. Projek peranti modular Project Ara mungkin telah dihentikan dan sebaliknya “aplikasi modular” pula diuji.

Komen