Gambar LG G6 Tertiris Ke Arena Web
LG

Gambar LG G6 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 24, 2017 oleh .

LG sebelum ini sedia menjadualkan acara khas pada 26 Februari ini bersempena dengan MWC 2017, dimana mereka dijangka memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, LG G6. Kini, seperti kebanyakkan peranti sebelum ini, gambar peranti berkenaan tertiris, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh LG.

LG G6

LG G6 dijangka menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci, dan berbeza dengan sebelumnya, ia tidak akan menyertakan sokongan modular. LG G6 juga dikatakan bakal dilengkapi sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang, serta pengimbas cap jari dibawah kamera belakang.

Dari segi rekaaan, melalui apa yang tertiris, LG dilihat akan menggunakan rekaan bezel nipis yang kian menjadi trend terkini. Dengan saiz bingkai yang kecil, ia mampu menjadikan peranti tampil lebih seksi, selain saiz keseluruhan peranti yang tidak begitu besar. LG G6 ini turut dikatakan bakal dilengkapi sokongan bicu audio, dan dilengkapi sokongan kalis air.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak LG pada acara MWC 2017 ini untuk mengetahui secara keseluruhan penawaran terbaru mereka ini.


TIPS & ULASAN