Spesifikasi Untuk Nokia Heart Tertiris – Sebuah Lagi Peranti Kelas Permulaan

Spesifikasi Untuk Nokia Heart Tertiris – Sebuah Lagi Peranti Kelas Permulaan

Diterbitkan pada Jan 24, 2017 oleh .

Nokia 6 diperlihatkan secara rasmi awal bulan ini dan menjadi peranti pertama Nokia yang dihasilkan oleh HMD Global. Setakat ini Nokia 6 hanya dijual untuk pasaran China dan menerima hampir satu juta pra-tempahan. Sebuah lagi peranti kelas permulaan mungkin dihasilkan oleh Nokia dengan kod nama Nokia Heart. Spesfikasinya tertiris menerusi laman Gfxbench.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.2″ HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 430, RAM 2 GB dan storan 9 GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12-Megapixel dan kamera hadapan 7-Megapixel. Seperti Nokia 6 ia menggunakan Android Nougat. Memandangkan spesifikasinya yang lebih rendah berbanding Nokia 6, harga jualan Heart pastinya lebih mampu milik.


TIPS & ULASAN