Perkhidmatan Motor Membawa Penumpang Dego Ride Salah Di Sisi Undang-Undang

Perkhidmatan Motor Membawa Penumpang Dego Ride Salah Di Sisi Undang-Undang

Diterbitkan pada Jan 24, 2017 oleh .

Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai perkhidmatan perkongsian kenderaan yang beroperasi di ibu negara. Uber dan Grab menjadi pesaing kepada perkhidmatan teksi sehingga menimbulkan rasa kurang puas hari di kalangan pemandu teksi. Selain itu Dego Ride juga memulakan operasi November tahun lalu yang menawarkan perkhidmatan membawa penumpang jarak dekat di Kuala Lumpur.

PDRM - Kenderaan ElektrikMenurut laporan Bernama, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan mengumumkan perkhidmatan teksi dua roda ini salah di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Di Malaysia setakat ini hanya kenderaan beroda empat dibenarkan membawa penumpang secara berbayar. Tidak diketahui sama ada pihak berwajib akan mula menjalankan operasi memantau perkhidmatan Dego Ride. Selain perkhidmatan membawa penumpang, Dego Ride turut menawarkan perkhidmatan penghantaran barang.

Pernah suatu ketika Uber dan Grab berhadapan dengan masalah yang sama sebelum pihak kerajaan mengubah pendirian mereka. Apa pula pendapat anda? Adakah perkhidmatan teksi dua roda ini harus dihentikan atau alternatif lebih murah menentang kesesakan di kota raya?


TIPS & ULASAN