WhatsApp Pada iPhone Kini Membolehkan Anda Menekan Butang Hantar, Walaupun Diluar-Talian

WhatsApp Pada iPhone Kini Membolehkan Anda Menekan Butang Hantar, Walaupun Diluar-Talian

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Berbeza dengan WhatsApp di Android, pada versi iOS, sekiranya anda tidak mempunyai sambungan internet, anda tidak boleh menekan butang hantar mesej – sekaligus membuatkan anda tidak dapat menaip sesuatu mesej dengan penuh ketika dalam beberapa keadaan, sebagai contoh ketika dalam lif.

WhatsApp

Mengatasi perkara ini, kini WhatsApp menambah fungsi menghantar mesej walaupun diluar-talian. Seperti biasa, ia hanya akan memasuki kotak mesej berkenaan, dan hanya akan dihantar kepada penerima selepas mempunyai sambungan internet.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda kini boleh mengemaskini aplikasi WhatsApp Messenger, dan menikmati ciri baru ini, sekaligus memudahkan lagi proses anda menghantar mesej kepada rakan-rakan lain.

Muat-Turun WhatsApp untuk iOS


TIPS & ULASAN