Permua Pokemon Duel Dilancarkan Membenarkan Berentap Di Atas Talian

Permua Pokemon Duel Dilancarkan Membenarkan Berentap Di Atas Talian

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Apabila Pokemon Go! dilancarkan tahun lalu, ramai yang berharap terdapat fungsi yang membolehkan pemain menentang antara satu sama lain. Sehingga kini fungsi PVP masih belum muncul dan pemain hanya boleh mengumpul Pokemon untuk dijadikan perkasam. Ini adalah mengecewakan kerana di dalam trailer awal Pokemon Go!, fungsi ini diperlihatkan dengan jelas.

The Pokemon Company hari ini melancarkan permua baru Pokemon Duel pada platform Android dan iOS. Ia sebuah permainan strategi yang atas talian yang mempunyai fungsi PVP. Pemain mengumpul figura Pokemon yang kemudian boleh digunakan untuk menentang pemain lain di atas talian. Seperti Pokemon Go! ia boleh dimuat turun percuma tetapi dengan sokongan transaksi mikro.

Muat turun permua Pokemon Duel versi Android di Google Play

Muat turun permua Pokemon Duel versi iOS di App Store


TIPS & ULASAN