Peranti Mewah Vertu Constellation Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 820

Peranti Mewah Vertu Constellation Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 820

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Vertu dan kemewahan tidak boleh dipisahkan seperti Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Jenama ini menghasilkan peranti pinta yang mensasarkan golongan hartawan yang mahukan peranti yang mencerminkan status mereka. Mereka melancarkan versi terkini Vertu Constellation yang dilengkapi skrin 5.5″ WQHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte.

Terdapat sokongan kad MikroSD bagi yang memerlukannya. Dari segi optik pula kamera utama sebesar 12-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 4-Megapixel. Bateri sebesar 3220 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Setiap Vertu Constellation dibina menggunakan tangan.

Butang khas perkhidmatan Concierge pada sisi peranti diperbuat daripada batu delima manakala skrin hadapan diperbuat daripada nilam. Akhir sekali pembeli boleh memilih untuk menggunakan kulit haiwan eksotik seperti ular dan buaya sebagai kemasan belakang peranti. Tiada harga diumumkan tetapi seperti biasa ia pasti mencecah puluhan ribu ringgit.


TIPS & ULASAN