Netflix Untuk Android Kini Menyokong Muat Turun Ke Dalam Kad SD

Netflix Untuk Android Kini Menyokong Muat Turun Ke Dalam Kad SD

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Kemampuan memuat turun video ke peranti bagi tontonan di luar talian diperkenalkan oleh Netflix pada penghujung tahun lalu. Fungsi yang diminta oleh pengguna sejak sekian lama ini akhirnya diberikan bagi membolehkan perkhidmatan penstriman video bersaing dengan Amazon dan iFlix yang telah lama memberikan fungsi yang sama.

Kerana kandungan video yang berkualiti tinggi, saiz muat turun dari Netflix besar dan memerlukan storan yang besar. Bagi pemilik peranti dengan storan terhad ini menyebabkan tidak banyak video boleh dimuat turun. Sokongan memuat turun ke kad MikroSD akhirnya disokong oleh Netflix untuk Android melalui kemas kini terbaru. Pengguna hanya perlu pergi ke bahagian tetapan aplikasi untuk mengubah storan ke kad MikroSD.


TIPS & ULASAN