Google I/O 2017 Akan Diadakan Pada 17 Mei

Google I/O 2017 Akan Diadakan Pada 17 Mei

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Google I/O merupakan salah satu acara yang disediakan oleh Google untuk menawarkan pelbagai kemaskini produk semasa mereka kepada para pembangun – dan pada masa yang sama berkongsi bagaimana pembangun boleh mengambil kelebihan platform Google pada produk mereka.

Setiap tahun, pada acara berkenaan, Google akan berkongsi ciri-ciri baru  sistem operasi Android, Chrome OS, Android Wear dan pelbagai platform lain Google. Tahun ini Google I/O diadakan pada 17 sehingga 19  Mei 2017.

Berbeza dengan pengumuman tahun lalu menerusi akaun Twitter @SUNDARPICHAI , tahun ini pengumuman tarikh dilakukan menerusi tweet berbentuk teka-teki oleh @AndroidDev. Lima teka-teki diberikan dan apabila diselesaikan memberikan tarikh 17-19 Mei 2017 dan lokasi di Shoreline Amphitheatre Mountain View, California.


TIPS & ULASAN