Carian
(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Dilengkapi “Skrin Infiniti” Dan Pengimbas Jari Pada Panel Belakang
January 25, 2017 Effi Saharudin

Samsung menggesa pekerja mereka supaya tidak meniriskan maklumat mengenai Samsung Galaxy S8. Walaubagaimanapun beberapa maklumat mengenai peranti yang sah tidak akan hadir di MWC tahun ini telahpun tertiris melalui pihak ketiga. Menurut laporan akhbar Guardian, beberapa lagi maklumat mengenai peranti ini diketahui menerusi sumber dalaman.

Sumber mereka mengesahkan Galaxy S8 bakal hadir dalam dua versi dengan skrin bersaiz berbeza. Kedua-duanya dilengkapi “Skrin Infiniti” yang hampir tidak mempunyai bazel serta bahagian dagu dan dahi yang kecil. Sistem imbasan retina Galaxy Note 8 disertakan. Tidak seperti Apple dan Huawei, Samsung tidak akan menyertakan sistem dwi-kamera sebagai kamera utama. Kamera duo-pixel Galaxy S7 akan digunakan semula dengan pelbagai penambahbaikan.

Samsung dipercayai akan menyertakan aksesori DeX yang mengubah telefon pintar ini menjadi sebuah komputer desktop. Gambar sistem DeX seumpama Windows Continuum pernah kami laporkan beberapa bulan yang lalu. Akhir sekali pengimbas cap jari diubah ke bahagian belakang peranti. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini hanya akan diketahui sekitar bulan April dimana ia dipercayai akan dilancarkan secara rasmi.

Komen