Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang menghubungkan pemandu dan juga penumpang, sekaligus membolehkan seseorang pengguna membuat tempahan dan pergi ke destinasi dengan kos yang lebih kompetitif berbanding beberapa perkhidmatan awam lain. Uber selepas memperluaskan perkhidmatan di beberapa bandar sekitar Malaysia, kini turut membawa perkhidmatan mereka ke Kuantan, Pahang.
Kuantan merupakan bandar ke-9 untuk Uber di Malaysia, dan buat masa ini, perkhidmatan UberX ditawarkan di sana. Seperti biasa, memandangkan ia masih pada peringkat awal, maka penawaran UberX mungkin masih terhad lagi buat masa ini.
Selain Kuantan, kita mungkin akan dapat melihat Uber bergerak aktif sepanjang tahun ini, apatah lagi dengan sokongan kerajaan melalui Belanjawan 2017 yang mengalakkan pengguna menyertai Uber, termasuk diskaun yang ditawarkan Proton untuk mendapatkan kenderaan bagi tujuan Uber.