Setapp – Perkhidmatan Langganan Perisian Dan Aplikasi Untuk MacOS

Setapp – Perkhidmatan Langganan Perisian Dan Aplikasi Untuk MacOS

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Pada hari ini, dalam usaha untuk mengurangkan aplikasi cetak-rompak, perkhidmatan berbentuk langganan digital kian popular – seperti Spotify, Netflix, iFlix, dan sebagainya. Kini, hadir sebuah perkhidmatan baru dengan konsep serupa tetapi untuk aplikasi dan perisian macOS, iaitu Setapp.

Setapp menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma untuk bulan pertama, dan $9.99 untuk setiap bulan. Melaluinya, pengguna akan ditawarkan dengan sejumlah perisian yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti untuk produktiviti, pengaturcaraan dan sebagainya.

Setapp

Untuk Setapp, ia menawarkan sebuah perisian yang akan menyediakan folder khusus pada macOS anda. Pada folder berkenaan, sejumlah aplikasi akan disediakan yang mana anda boleh gunakan – dan setiap masa, ia akan menawarkan perisian yang terkini. Setapp juga dilihat lebih memfokuskan kepada perisian daripada pembangun bebas.

Bagi anda yang menggunakan macOS, anda mungkin boleh mencuba perkhidmatan Setapp ini hari ini.

Muat-Turun Setapp untuk macOS


TIPS & ULASAN