HP Memanggil Kembali Sejumlah Besar Bateri Komputer Riba Disebabkan Risiko Boleh Terbakar

Diterbitkan pada Jan 26, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HP kini telah memulakan proses memanggil kembali sejumlah besar bateri komputer riba pada peringkat global, dimana sebab utamanya adalah disebabkan terdapat risiko bateri pada komputer riba berkenaan yang mungkin boleh terbakar.

Antara model yang terlibat adalah model komputer riba HP, Compaq, HP ProBook, HP ENVY, Compaq Presario, dan HP Pavilion Notebook Computers – yang mana telah dijual pada peringkat global antara Mac 2013 hingga Oktober 2016. Seperti biasa, bukan semua komputer riba yang terlibat, tetapi hanya sebahagian daripadanya sahaja.

HP meminta pengguna untuk berhenti menggunakan bateri pada komputer riba yang terlibat, dan menggunakan komputer riba berkenaan menggunakan sumber kuasa.

Bagi anda yang menggunakan komputer riba HP, anda boleh menyemak sama ada komputer riba terjejas ataupun sebaliknya menggunakan sebuah perisian khusus yang disediakan HP, atau melalui laman khusus HP.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami